Pertandingan di adakan di Dewan Bahasa Dan Pustaka Wilayah Selatan, Larkin Perdana. Setiap daerah menghantar 2 wakil dimana seorang untuk sajak manakala seorang lagi untuk syair. Daerah Mersing di wakili oleh adik Nurul Syafina binti Harman dari SMK Pai Chee. Adik Syafina mendeklamasi sebuah sajak. Adik Syafina mendapat bimbingan daripada Cikgu Siti Maisarah. Cikgu Siti Maisarah juga berasal dari sekolah yang sama.
Turut hadir di lokasi ialah En. Khairul Akmar bin Dolah @ Abdullah, Penyelia Kelab dan Persatuan (Koakademik Bahasa dan Sains Sosial)
Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Encik Abang Haliman bin Haji Abang Julai, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan.
Keputusan akhir pertandingan adalah seperti berikut :
Syair
1. Daerah Muar
2. Daerah Segamat
3. Kota Tinggi
Sajak
1. Segamat
2. Pontian
3. Kota Tinggi
Nurul Syafina binti Harman
Ribuan diucapkan kepada semua pihak yang menjaya pertandingan ini. Kerjasama ini sangat-sangat memberi manfaat terutama kepada pelajar-pelajar. Terima kasih semua.
No comments:
Post a Comment