Latihan Industri merupakan salah
satu modul yang wajib dijalani oleh setiap pelajar institut pengajian tinggi awam dan swasta. Baik dari
peringkat sijil mahu pun peringkat diploma sehingga ke peringkat ijazah sarjana muda. Latihan ini bermatlamat
menjadikan pelajar lebih mantap dalam dunia pekerjaan yang bakal mereka
tempuhi kelak. Latihan ini dilalui mengikut tempoh yang telah ditetapkan oleh ipt masing-masing.
Muhammad Haziq Hafiz Bin Mohd Din merupakan pelajar dari Universiti Teknologi Mara Cawangan Seremban. Beliau
mengambil kursus peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam Sains Pentadbiran. Menjalani latihan di PPD
Mersing bermula 24 Julai 2017 dan tamat pada 15 September 2017. Beliau diletakkan dibawah seliaan Cik Zalina binti Hussain, Ketua Pembantu Tadbir, Unit Perkhidmatan PPD. Di PPD ini beliau selalu bekerjasama dengan En. Zakaria bin Lamri, En. Nor Aswan bin Abdul Wahab dan Pn. Norshamsiah binti Abu Kassim.
Dalam ucapannya, beliau menyatakan ini merupakan
antara pengalaman bermakna buatnya. Beliau turut mengucapkan terima
kasih kepada pihak pegawai dan kakitangan PPD atas segala tunjuk ajar selama masa beliau berada
di sini.
Ucapan terima kasih dari PPD
Mersing dan staff diucapkan oleh En. Md. Jais bin Samat kepada Muhammad Haziq Hafiz
atas khidmat bakti sepanjang berada di sini. Semoga berjaya di masa
hadapan kelak. Tuan PPD turut meminta maaf jika terdapat kekurangan sepanjang Haziq berpraktikum di sini.
Sebagai tanda ingatan, pihak PPD
Mersing sukacita menyampaikan sedikit cenderahati. Penyampaian disempurnakan
oleh En. Md Jais bin Samat.
Apapun, Haziq ada kenangan di PPD yang melucukan....... Hahahahahaha....
Apapun, Haziq ada kenangan di PPD yang melucukan....... Hahahahahaha....
Majlis diacarakan oleh Pn. Norhimah binti Ismail.
Google pantun
Tersenyum En. Jamaluddin bin Shahran melihat gelagat Haziq
Ada pepatah, "patah tumbuh hilang berganti". Perginya kumbang, datang pula dua bunga. "Salah timimg la Haziq", gurau Tuan PPD.
Kami mengucapkan selamat datang dan selamat menjalani latihan praktikum kepada Saidatul Shareen binti Shakiren dan Nur Aisyah binti Mohamed Azhar.
Kelam kabut mencari pantun
Anak mantan PPD Mersing
No comments:
Post a Comment