Sekitar jam 0745, semua pegawai PPD Mesing mula berkumpul di ruang lobi pejabat. Tepat jam 0750, dengan didahului oleh Tuan PPD, semua pegawai mula berjalan menuju ke SMK Anjung Batu.
Semua pegawai berjalan melalui padang SMK Anjung Batu.
Semasa ketibaan, sesi perhimpunan sekolah sedang berjalan. Kunjungan ini dilakukan secara spontan.
Tuan PPD mengambil sedikit masa untuk membuat ucapan penghargaan kepada warga SMK Anjung Batu di atas Lonjakan Saujana SPM baru-baru ini. Tahniah! Dalam pada itu, Tuan PPD juga menyampaikan sijil penghargaan kepada pihak sekolah.
Kunjungan tamat dan kembali ke pejabat.
No comments:
Post a Comment