Saturday, June 17, 2017

Program Amal Ihtimam Ramadan Bank Islam 2017

"Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketentraman jiwa bagi mereka. Dan Alloh maha mendengar lagi maha mengetahui". 

(At-Taubah ayat 103)

Foto adalah dari Canon 70D

Unit : Pengurusan Sekolah
Pegawai : PPPD Perhubungan, Pn. Norhimah binti Ismail

Program ini diadakan di Felda Residence Tanjung Leman, Mersing. Program amal ini merupakan program tahunan Bank Islam Malaysia Berhad sebagai salah satu Program Tanggungjawab Koporat kepada komuniti. Bank Islam berhajat untuk menyampaikan sumbangan zakat kepada pelajar asnaf yang hadir dan juga sumbangan bagi mengimarahkan surau di sekolah.


Program berjalan dengan ketibaan para jemputan ke Felda Residence sekitar jam 5.30 petang. Semua jemputan mengambil tempat di dewan yang telah disediakan. Tak ingat nama dewan.

Pengacara majlis mengajak para tetamu mengaminkan doa yang bakal dibacakan. Seterusnya wakil Bank Islam dijemput bagi memberi sepatah dua kata. 

Selesai ucapan, penyerahan sumbangan zakat kepada pelajar-pelajar asnaf. Alhamdulillah...

Gabungan 2 daerah iaitu Mersing dan Kota Tinggi, memeriahkan lagi program amal Bank Islam.

Timbalan PPD Mersing





Pegawai-pegawai PPD Mersing









Bank Islam telah menawarkan sumbangan ini kepada semua sekolah dan alhamdulillah, beberapa sekolah dari dua daerah ini telah memberi respon yang baik. Terima kasih diucapkan kepada sekolah-sekolah yang proaktif.














Hadirin dijemput ke kafeteria untuk majlis berbuka puasa.












Alhamdulillah, makan seadanya sahaja

No comments:

Post a Comment