Thursday, June 8, 2017

Mesyuarat Badan Kepimpinan Pelajar Daerah Mersing

Badan Kepimpinan Pelajar Daerah Mersing atau dalam bahasa internasional, District Student Leaders Board merupakan pemilihan pelajar terbaik daripada setiap sekolah dan disaring di peringkat daerah ke arah persediaan dan pemilihan Pemimpin Muda Johor (Johor Student Leaders Council). Pemimpin-pemimpin muda ini akan dilatih untuk merancang, mengurus serta melaksanakan sesuatu aktiviti atau projek sekali gus dilatih berkomunikasi dengan lancar, bijak dan berhemah dalam menangani segala masalah.

Terdapat beebrapa objektif program ini diadakan yang meliputi kemahiran merancang, mengurus, melaksanakan projek berkaitan kepimpinan, menggilap bakat semulajadi dalam kepimpinan, berkomunikasi pada aras yang lebih tinggi, bertanggungjawab, tegas dan jujur.

Mesyuarat kali pertama tahun 2017 ini diadakan di Bilik Mesyuarat PPD Mersing adalah bagi membincangkan satu program iaitu District Student Leaders Board Selection Camp.  Program ini dibimbing oleh Cik Nur Hidayah binti Yahya selaku PPPD Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya.

Sekitar jam 12 tengah hari, Tuan PPD, Md, Jais bin Samat, Timbalan PPD, Us. Wan Nadzri bin Wan A. Rahman dan Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan, En. Nor Azmi bin Mohd Nor memasuki bilik mesyuarat bagi sesi pembentangan kertas kerja oleh ketua program.






Proses pengundian






Kata-kata motivasi


Pembentangan








Membentang sumber kewangan

Persoalan

Alhamdulillah...pembentangan selesai dan mendapat komen positif dari pihak pengurusan. Selain itu, pihak pengurusan turut memberi idea-idea bagi memantapkan lagi program.

Pelajar-pelajar turut disuntik dengan kata-kata semangat dari pihak pengurusan.

Mesyuarat tamat sekitar jam 1 petang.

Dua perkataan untuk pelajar-pelajar ini ialah BERANI dan YAKIN. Good job...!!!

No comments:

Post a Comment