Wednesday, June 14, 2017

e-Learning Johor

Pakej Pembelajaran Lengkap Di Atas Talian

Classruum.com ialah satu platform pembelajaran secara sosial yang menyediakan tuisyen lengkap bagi pelajar-pelajar.

Kandungan pembelajaran dari 40 Cikgu Cemerlang di Malaysia.

Kesemua kandungan di Classruum.com mengikut silibus Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelajar mempunyai akses sepenuhnya seperti video tutorial, nota, latihan dan acara atas talian.



Sesi pertama diadakan di Surau SMK Anjung Batu. Penerangan diberikan kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki PT3 dan SPM 2017.

Bagi tidak melengahkan masa, En. Azamani memulakan kata-kata aluan seterusnya menjemput pihak YPJ dan wakil Syarikat KULIM untuk membentangkan produk mereka dan pakej yang ditawarkan.















Sekitar jam 2.30 petang, sesi e-Learning diteruskan lagi di Bilik Mesyuarat PPD Mersing. Kali ini penerangan diberikan kepada GPK-GPK. Guru Penyelaras Tiusyen YPJ dan Guru Penyelaras Program iTTV.




Sesi penerangan di PPD ini mendapat perhatian daripada Timbalan PPD untuk turut serta dalam memahami tujuan dan kebaikan e-Learning yang ditawarkan.









Sesi soal jawab dibuka kepada guru-guru bagi yang ingin bertanya. Ternyata sesi ini banyak menimbulkan persoalan dan keraguan di pihak sekolah dan pentadbir tertinggi daerah akan tahap keberkesanan program ini.

Tiada siapa menafikan bahawa content dan matlamat program adalah untuk memantapkan pendidikan murid dan pelajar. Ia memberi satu suasana pembelajaran yang berbeza sealiran kemajuan teknologi digital dan gajet. Dalam erti kata lain atau terma anak muda, URBAN.

Persoalan timbul dan mewujudkan keraguan adakah capaian jalur lebar masa kini benar-benar mantap untuk proses pendidikan alam maya? Adakah setiap nilai wang yang dibayar untuk langganan sama dengan dapatan yang bakal diperolehi dalam suasana kos sara hidup yang semakin mencabar? Banyak lagi persoalan yang bermain difikiran namun semua ini dapat diatasi jika niat dan kesungguhan menjadi panduan dan pemangkin semangat.

No comments:

Post a Comment