Latihan Industri merupakan salah satu modul yang wajib dijalani oleh setiap pelajar politeknik. Baik dari peringkat sijil mahu pun peringkat diploma. Latihan ini bermatlamat menjadikan pelajar lebih mantap dalam dunia pekerjaan yang bakal mereka tempuhi kelak. Latihan ini dilalui selama satu semester.
Muhammad Izzuddin bin Zulkefli dan Ahmad Al Aqsa Iskandar bin Ahmad Bohari merupakan pelajar dari Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak. Mereka mengambil kursus Diploma Keselamatan Maklumat. Menjalani latihan di PPD Mersing bermula 28 November 2016 dan tamat pada 14 April 2017. Mereka diletakkan dibawah Unit ICT.
Dalam ucapan mereka yang sebak dengan perasaan sedih menyatakan bahawa ini merupakan antara pengalaman sangat bermakna buat mereka. Sebak kerana terpaksa berpisah dengan staf-staf PPD yang banyak membantu mereka terutama kepada mentor mereka, Encik Halil.
Ucapan terima kasih dari PPD Mersing diucapkan oleh En. Jamaluddin bin Shahran kepada mereka berdua atas khidmat bakti sepanjang berada di sini. Semoga berjaya di masa hadapan kelak. Ingat kami dalam doa mu. Hihihihi.....
Sebagai tanda ingatan, pihak PPD Mersing sukahati menyampaikan sedikit cenderahati yang disempurnakan oleh En. Jamaluddin bin Shahran. Majlis diacarakan oleh En. Fakarudin bin Abd Ghani.