Wednesday, May 3, 2017

Penutup Program Mentor Mentee Mersing Art Festival

Hari ini merupakan hari penutup bagi program Mentor Mentee, Mersing Art Festival 2017. Program yang berjalan dari 26 April hingga 3 Mei ini disertai oleh 7 buah sekolah termasuk sekolah rendah. Tahniah diucapkan kepada SM Sains Sultan Iskandar, SMK Mersing, SMK Sri Mersing, SMK Pai Chee, SJKC Pai Chee, SK Bandar Mersing dan SK Mersing Kanan.

Program berlangsung di Dewan Jubli Intan Mersing ini adalah sempena Hari Keputeraan Sultan Johor.

Program ini berorientasikan seni seperti seni batik dan seni lukis. Sepanjang program ini, murid-murid dan pelajar-pelajar dibahagikan secara berkumpulan kepada mentor-mentor yang akan membimbing mereka dari A to Z. Mentor-mentor ini sangat mahir dalam bidang mereka dan menyampaikannya secara percuma.

Selain itu, setiap kumpulan diminta untuk menghasilkan rekacipta daripada bahan terbuang.

Berikut adalah keputusan rekacipta tersebut iaitu :


  • Tempat pertama - SMK Anjung Baru
  • Tempat kedua - SMK Pai Chee
  • Tempat ketiga - SMK Mersing
  • Tempat keempat - SMK Sri Mersing
  • Tempat kelima - SK Bandar Mersing


Tahniah diucapkan...!!!

Cik Nurul Ain binti Shaid Ahmad mewakili urusetia dijemput untuk menyampaikan hadiah pada para pemenang.






SK Bandar Mersing

SMK Sri Mersing

SMK Mersing

SMK Pai Chee

SMK Anjung Batu


Secara keseluruhannya, program ini sangat manfaat kepada para pelajar. Walaupun penyertaannya agak sedikit namun ianya lebih baik dari tiada. Yang dalam sedikit ini, ilmu yang disampaikan lebih mudah.

Sepertimana yang sedia maklum kemenjadian murid dan manusia adalah dari pelbagai faktor. Ada yang cenderung kepada akademik dan ada yang tidak. Maka ini adalah salah satu peluang kepada sebahagian para murid dan pelajar yang cenderung kepada bidang seni.

Tiada manusia yang sempurna namun pihak urusetia dan PPD melakukan yang terbaik untuk melancarkan program. Oleh itu mohon maaf pada kecacatan proram yang menyulitkan pihak sekolah.

Jutaan terima kasih kepada sekolah, guru pengiring dan murid/pelajar yang bersungguh-sungguh dalam menyertai program ini.

Terima kasih semua.

No comments:

Post a Comment