PPD Mersing telah dikunjungi oleh En. Kamarudin bin Abu yang merupakan Ketua Sektor Jaminan Kualiti, JPN Johor. Kunjungan beliau adalah bagi proses Penarafan Kecemerlangan PPD. Beliau dibantu oleh En. Mohd Firdaus bin Aris dan Cik Musleha binti Mohd. Ghozali.
Proses penarafan bermula sekitar jam 8 pagi dan berakhir pada sebelah petang. Pegawai-pegawai yang telah diberi tugas bahagian masing-masing telh siap sedia untuk dinilai.
Objektif penarafan ini adalah :
- mengenal pasti tahap dan potensi PPD dari aspek kepimpinan, organisasi dan kebersihan.
- mengenal pasti amalan terbaik.
- mengenal pasti penambahbaikan berterusan.
- mengukur kejayaan DTP secara berterusan.
Tuan PPD dan Timbalan PPD turut berada ketika sesi pembentangan dapatan oleh ketua sektor
Amalan kerja cemerlang, mencatat dapatan mesyuarat
AKP yang sentiasa membantu
Pengacara majlis
Penarafan ditarafkan mengikut taraf-taraf berikut :
5 BINTANG
96 - 100
Melebihi keseluruhan Standard
4 BINTANG
90 - 95.99
Melebihi Standard
3 BINTANG
75 - 89.99
Mencapai keseluruhan Standard
2 BINTANG
60 -74.99
Belum mencapai keseluruhan Standard
1 BINTANG
0 - 59.99
Belum mencapai Standard
Berapakah BINTANG yang diperolehi oleh PPD Mersing?
Terima kasih diucapkan kepada semua pegawai dan kakitangan yang komited agar proses penarafan ini berjalan dengan lancar.
No comments:
Post a Comment