Penceramah yang sangat berkeyakinan dalam menjawab soalan-soalan para guru dan pegawai dari PPD. Sebenarnya, guru-guru pun pegawai. Hihihihi....
Dalam apa sahaja perkara yang dibincangkan dan diberikan dalam pemasalahan guru-guru dalam membuat justifikasi, saya suka kepada idea dan cadangan salah seorang rakan pegawai PPD iaitu PENYELARASAN.
Sebagai contoh cara penulisan Rekod Pengajaran Harian oleh guru-guru. Kita sedia maklum telah ada pekeliling berkaitan namun terdapat pelbagai versi dan terjemahan cara penulisan. Bukan salah tapi ia mengelirukan apabila proses penilaian.
Datang NAZIR, dia bagi pendapat sekian-sekian. Datang PPD, pandangannya berlainan. Guru Besar pula, lain pendapat. Tak salah semua pandangan dan pendapat itu cuma ia tidak seragam.
Bila ditanya pada guru, katanya guru lama tulis macam ni. macam tu. Kita tanya lagi, kenapa tak ikut macam belajar di maktab? Kata guru baru, cikgu lama cakap tak perlu tulis panjang-panjang. Pekeliling tak cakap pun tulis panjang-panjang.
Semua jawapan adalah benar. Apa yang cuba dinyatakan di sini ialah PENYELARASAN itu adalah untuk memudahkan penilaian dari semua pihak dari peringkat atas sehinggalah kepada guru.
Perlu ingat di sini, generasi guru yang berdarah Y sekarang memerlukan satu pegangan yang boleh mereka ikut. Mereak ini yang akan berkhidmat lebih 30 tahun dalam pendidikan ini. Jika kita tidak buat sesuatu, maka benda ini takkan selesai dengan pelbagai mazhab kaedah penulisan. Ia terus diwarisi dan terus diwarisi. Mmmmmm......
Mungkin boleh menjadi daerah pertama yang membuat standard atau piawai penulisan rekod pengajaran harian. #contoh
Bengkel ini disekia oleh En. Mohd Fakarudin bin Hussain, PPPD Menengah.
Fokusnya
Ketegasan
No comments:
Post a Comment