Tuesday, July 4, 2017

Taklimat Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 BIL. 5/2017 SR & SM

Daerah Mersing mendapat 9 orang guru baru. Meraka adalah graduasi IPG 2017. Ini merupakan penempatan guru baru siri ke 5 / 2017.

Terdiri daripada 4 guru lelaki dan 5 guru wanita. 3 orang ditempatkan di sekolah menengah manakala selebihnya adalah sekolah rendah.
8 daripada mereka berasal dari Kelantan dan Terengganu manakala seorang lagi anak watan daerah Mersing.

Taklimat disampaikan oleh En. Jamaluddin bin Shahran selaku Ketua Unit Pengurusan Sekolah PPD Mersing. Banyak perkara dikongsi oleh En. Jamaludin bersama guru-guru baru ini disamping menyuntik aura positif.

Dari raut wajah mereka terpancar senyuman gembira. Adakah wajah gembira ini dapat kekal lagi dua tiga empat tahun lagi? Tepuk dada tanya hati. Apa yang dapat diharapkan daripada mereka adalah agar terus istiqamah selari dengan janji mereka semasa mula-mula berniat menjadi guru.

Tuai padi antara masak
Esok jangan rindu rinduan
Intai mereka antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Balik kampung lalu Mersing
Selamat datang ke Daerah Mersing









"Saya berharap, kedatangan saya di daerah ini dapat diterima baik oleh warga pendidikan di sini", antara kata-kata guru baru ketika sesi taaruf.



Cik Zalina binti Hussain, Ketua Pembantu Tadbir PPD Mersing memberi taklimat tentang perkhidmatan seperti borang-borang dan sebagainya. Cik Zalina adalah dari Unit Perkhimatan.


Tidak terkecuali terlibat dalam sesi taklimat penempatan guru baru ini ialah Pn. Sabariah binti Kadim, PPPD Pengurusan Profesional dan En. Fakarudin bin Hussain, PPPD Menengah (Murid).



No comments:

Post a Comment