20 Julai, telah berlangsungnya Iskandar Learning Festival : STEM Day 2017 (Since Technology Engineering Mathematic) di Universiti Kuala Lumpur, Pasir Gudang, Johor. Karnival dijalankan bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.
Penganjuran ini melibatkan Jabatan Pendidikan, IPTA, IPTS dan Sekolah seluruh Johor. Dalam festival ini terdapat pameran-pameran berkaitan STEM.
Dari daerah Mersing, SMK Ungku Husin dan SMK Anjung Batu telah menghantar guru dan pelajarnya bagi menimba ilmu di festival ini.
Pameran teknologi drone
Tegangan Permukaan atau Surface Tension. Tegangan cair itu dilemahkan oleh pencuci. Konsep ini dapat diperhatikan pada serangga yang dapat berjalan di atas air, jarum yang tidak tenggelam dan sebagainya.
Pameran meliputi juga kaedah-kaedah pengajaran melalui ABM yang ditunjukkan oleh guru-guru. Antaranya topik litar selari dan litar siri. Di sini ABM modul disediakan oleh guru berkenaan. Kaedah yang ditunjukkan boleh diguna pakai di sekolah-sekolah.
Murid-murid dapat mencuba sendiri ABM ini seterusnya menjadikan murid lebih memahami konsep litar selari dan siri.
Tidak lupa kepada Matematik. Antara yang menarik yang sempat saya rakamkan ialah kaedah meneka nombor dengan konsep binari.
Murid A meminta murid B untuk memilih nombor dalam fikirannya. Murid A akan meneka nombor yang difikirkan murid B dengan menggunakan kad-kad seperti dalam gambar di bawah. Sangat menarik kaedah ini. Boleh dijadikan permainan dikala bosan seterusnya mengasah pemikiran yang tajam dikalangan pelajar dan murid.
Saya sendiri mencuba kaedah ini.
Robotik pastinya antara yang paling menarik minat pelajar. Pelajar diberi peluang mengendalikan robot tersebut.
Bagi mereka yang minat kepada serangga, terdapat booth yang mempamerkan serangga-serangga yang diawet. Pensyarah di situ akan menerangkan kaedah-kaedah pengawetan serangga tersebut.
Dalam pada itu, sempat juga saya melihat unit beruniform JPA sedang membuat latihan kawat. Bukan pada saya sahaja, malah selingan pada pengunjung-pengunjung yang datang ke pameran STEM ini.
Bagi merancakkan lagi festival, satu aktiviti yang bersifat anderelin turut diadakan iaitu explorace. Pelajar bergerak dalam kumpulan untuk menyelesaikan tugasan-tugasan yang diberikan. Mereka perlu bergerak sekitar dalam universiti ini bagi mencari jawapan.
Menganggarkan ketinggian tangki air
Pertunjukkan dan pertandingan drone rasanya paling-paling memukau dalam festival ini. Selama ini kita hanya tahu drone hanya diterbangkan secara horizontal dan vertical sahaja. Tetapi dalam pertandingan ini, drone dikendalikan untuk perlumbaan. Saya yang pertama kali melihat pertandingan ini terus terpukau.
Di bilik-bilik kuliah, para guru diberi penerangan berkaitan STEM Video. Apa itu STEM Video? Nanti kita tanyakan cikgu-cikgu yang mendengar taklimat tersebut ok.
Jurulatih Puan Sabariah
Memeriksa kertas jawapan acara explorace
Bagi melayakkan pelajar-pelajar yang datang ke festival ini memperolehi sijil, mereka perlu menghadirkan diri sekurang-kurang di empat station atau booth di dalam dewan ini. Di setiap station, mereka perlu mendapatkan cop.
Sekitar jam 4 petang, persediaan upacara penyampaain hadiah dan penutup. Majlis dihadiri oleh tetamu VIP seperti berikut :
Daisy Harry
IRDA - Iskandar Regional Development Authority
Prof. Dr. Norsarahaida Saidina Amin
Dekan Fakulti Sains
Universiti Teknologi Malaysia
Khairul Firdaus Haji Adrutdin
Head of Section
Student Development
UniKL Mitec
Prof. Ir. Bahardin bin Baharom
Fakulti Kejuruteraan Awam
Universiti Teknologi MARA
Pasir Gudang
Dr. Ishamuddin Mustapha
Deputy Dean of Academic & Technology of UniKL Mitec
Nyayian lagu-lagu kebangsaan
Memimpin bacaan doa
Watak penting dalam dokumentasi
Konsep magnet yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan. Sifat kutub sama kutub yang menghasilkan daya tolakkan boleh diaplikasikan di dalam pembinaan keretapi.
Penyampaikan hadiah pada para pemenang yang mengambil bahagian sepanjang festival ini berjalan. Tahniah kepada semua.
Keletihan mungkin
Secara keseluruhannya, festival ini banyak memberi input berguna pada para pengunjung. Tahniah kepada semua pihak.
Terbang burung terbang tinggi
Tahun depan buat lagi
Mandi pagi di perigi
Kalau jemput kami datang lagi
No comments:
Post a Comment