Thursday, August 24, 2017

Terima Kasih Fahim

Latihan Industri merupakan salah satu modul yang wajib dijalani oleh setiap pelajar institut pengajian tinggi awam dan swasta. Baik dari peringkat sijil mahu pun peringkat diploma sehingga ke peringkat ijazah sarjana muda. Latihan ini bermatlamat menjadikan pelajar lebih mantap dalam dunia pekerjaan yang bakal mereka tempuhi kelak. Latihan ini dilalui mengikut tempoh yang telah ditetapkan oleh ipt masing-masing.

Muhammad Fahim bin Purwandi merupakan pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak. Beliau mengambil kursus peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam Sains Politik. Menjalani latihan di PPD Mersing bermula 12 Jun 2017 dan tamat pada 31 Ogos 2017. Beliau diletakkan dibawah seliaan Cik Zalina binti Hussain, Ketua Pembantu Tadbir, Unit Perkhidmatan PPD.

Dalam ucapannya ini merupakan antara pengalaman bermakna buatnya. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak PPD atas segala tunjuk ajar selama masa beliau berada di sini. Beliau juga turut berkongsi pendapat dari segi kerjasama dan kesefahaman di dalam sesuatu organisasi kerana kejayaan sesuatu organisasi adalah bergantung pada faktor tersebut.

Ucapan terima kasih dari PPD Mersing dan staff diucapkan oleh En. Md. Jais bin Samat kepada Muhammad Fahim atas khidmat bakti sepanjang berada di sini. Semoga berjaya di masa hadapan kelak.

Sebagai tanda ingatan, pihak PPD Mersing sukacita menyampaikan sedikit cenderahati. Penyampaian disempurnakan oleh En. Md Jais bin Samat.
 
Majlis diacarakan oleh Pn. Norhimah binti Ismail.
 

Pemalu







Berkongsi pendapat di dalam ucapannya


Terhibur



Penyampaian cenderamata


- Terima Kasih -

Tuesday, August 22, 2017

Majlis Penyampaian Jalur Gemilang oleh Pegawai Pejabat Penerangan Daerah Mersing

Alhamdulillah.....hari ini melalui Pegawai Pejabat Penerangan Daerah Mersing telah menyampaikan jalur gemilang kepada sekolah-sekolah melalui Guru Besar.

Turut menyempurnakan majlis ialah Tuan PPD Daerah Mersing sendiri selaku ketua jabatan.

En. Mohd Firdaus bin Abd Latif

En. Md Jais bin Samad dan En. Mohd Firdaus bin Abd Latif



Jalur Gemilang kepada Pejabat Pendidikan Daerah Mersing

Puan Zaliha binti Ismail wakil Majlis Pengetua Sekolah Menengah menerima Jalur Gemilang

En. Baharom bin Mohammed selaku Yang Dipertua Majlis Guru Besar menerima Jalur Gemilang



Dialog Prestasi PPD Mersing Bil 3 / 2017

Mesyuarat kali ke 3 bagi tahun 2017 kali ini diadakan di Bilik Profesional SMK Mersing.

Mesyuarat di hadiri oleh Tuan dan Timbalan PPD. Bersama-sama di dalam dialog ini ialah Tuan Haji Shahilon bin Abdul Halil, Timbalan Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPN Johor.


Pendaftaran







Pengacara majlis


Bacaan doa




Serius


Para pegawai yang komited dalam memberikan data


Timbalan Ketua Sektor dan Guru Besar berkongsi rahsia kejayaan dan amalan baik




Ucapan terima kasih kepada pihak SMK Mersing di atas kemudahan dan kerjasama yang telah diberikan bagi melancarkan sesi dialog ini.

Thursday, August 17, 2017

Seminar Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Di Sekolah 2017

Dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Seri Lee Lam Thye, Pengerusi NIOSH Malaysia.


Ucapan aluan Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPN Johor, Tuan Haji Yasman bin Jamsir


Mencatat bahan yang telah dibentangkan


Wednesday, August 16, 2017