Satu slot disediakan khas buat Pegawai Perhubungan dari Pejabat Polis Daerah Mersing bagi membincangkan hal-hal berkaitan masalah dan disiplin pelajar. Pegawai ini juga turut berkongsi langkah-langkah wajar yang sepatutnya diambil oleh pihak sekolah dalam mendepani masalah disiplin atau jenayah juvana.
Pihak sekolah juga turut diberi peluang bertanya pelbagai soalan berkaitan.
En. Nor Azmi bin Mophd Nor selaku Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan merangkap Penolong PPD Pembangunan dan Kemanusiaan memulakan bicara dalam mesyuarat Pengurusan HEM ini.
En. Tahid bin A Hamid, Penyelia HEM
Turut membentangkan laporan ialah Cik Nur Hidayah binti Yahya, Penolong PPD Kaunseling dan Kerjaya Murid dan Tuan Haji Mohd Nizam Yeo bin Abdullah, Penyelia Sukan.
No comments:
Post a Comment