Mesyuarat ini di pengerusikan oleh En. Nor Azmi bin Mohd Nor, PPPD Pembangunan Kemanusiaan. Dihadiri oleh GPK Kokurikulum sekolah-sekolah yang terlibat jurulatih-jurulatih yang telah mendapat pendedahan tentang karnival ini.
Sunday, July 30, 2017
Friday, July 28, 2017
Jom Melawat Muzium dari SMK Sri Mersing 2017
Alhamdulillah, SMK Sri Mersing menjadi sekolah pertama dari daerah ini yang menjayakan program Jom Melawat Muzium yang diilhamkan oleh YB Dato' Zulkarnain bin Haji Kamisan, Pengerusi Jawatan Kuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor.
Cikgu Yusuf bin Razali bersama 3 orang lagi guru telah mengiringi 40 orang pelajar dalam lawatan ini merasakan program ini sangat membantu generasi muda ini dalam mengenali dan mendalami lebih mendalam tentang warisan sejarah negeri Johor.
Daerah Mesing yang berada di dalam Zon A telah melawat beberapa tempat yang telah ditetapkan seperti Muzium Tokoh Johor, Mini Galeri Seni Johor, Galeri Khaled Nordin dan Bengkel Tenun Johor.
Di setiap muzium atau galeri yang dilawati, mereka akan melakukan aktiviti yang telah disediakan oleh pihak muzium dan galeri.
Pertandingan Action Song Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Negeri Johor 2017
Sebelum terus ke pertandingan action song, mari kita berkenalan sedikit dengan penganjur pertandingan ini terlebih dahulu.
My Library Sutera Mall merupakan satu inisiatif Syarikat Tanah Sutera dalam sumbangan balik kepada masyarakat sekeliling dalam mendidik dan mewujudkan suasana minat membaca dan berilmu. Bukan itu sahaja, di sini juga disediakan kemudahan ruangan bermesyuarat yang kondusif.
Terdapat pelbagai kemudahan di sini yang sangat-sangat selesa. My Library Sutera sangat-sangat menantikan pihak luar dalam menjalinkan kerjasama yang memberi manfaat kepada ke dua-dua belah pihak.
Terima kasih diucapkan kepada pihak My Library Sutera dalam menjadi penganjur Pertandingan Action Song Sekolah-Sekolah Rendah Negeri Johor 2017.
Ruang pertandingan
Cikgu sedang menyiapkan murid-murid
Wednesday, July 26, 2017
Mesyuarat Jawatan Kuasa Persekutuan Pengakap Daerah Mersing 2017
Antara agenda mesyuarat yang sempat saya dengar ialah cadangan perlantikan ke beberapa jawatan baru dalam organisasi Pengakap Daerah Mersing.
Tahniah kepada rakan-rakan yang diberi kepercayaan. Mmmm....teringat masa berpengakap di zaman sekolah dulu-dulu #teringat.
Di ruang penulisan ini juga saya ingin mengucapkan tahniah kepada Cikgu Zainiq Zulnuraini atas perlantikan beliau ke jawatan penting dalam organisasi ini. Tahniah. Beliau sangat-sangat komited. Semua pengakap ada sifat minat dan komited. Yeaaaa....
Di harap Cikgu Zainiq Zulnuraini dan rakan-rakan lain akan membawa nama Pengakap Daerah Mersing ke mercu kejayaan. In shaa Allah.
Mesyuarat ini diselia oleh En. Md. Hairol Azhari bin Sapon, Penyelia Kokurikulum.
Ceria Cikgu Zainiq
Bengkel Pendedahan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) Oleh Pihak Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti (JNJK)
Penceramah yang sangat berkeyakinan dalam menjawab soalan-soalan para guru dan pegawai dari PPD. Sebenarnya, guru-guru pun pegawai. Hihihihi....
Dalam apa sahaja perkara yang dibincangkan dan diberikan dalam pemasalahan guru-guru dalam membuat justifikasi, saya suka kepada idea dan cadangan salah seorang rakan pegawai PPD iaitu PENYELARASAN.
Sebagai contoh cara penulisan Rekod Pengajaran Harian oleh guru-guru. Kita sedia maklum telah ada pekeliling berkaitan namun terdapat pelbagai versi dan terjemahan cara penulisan. Bukan salah tapi ia mengelirukan apabila proses penilaian.
Datang NAZIR, dia bagi pendapat sekian-sekian. Datang PPD, pandangannya berlainan. Guru Besar pula, lain pendapat. Tak salah semua pandangan dan pendapat itu cuma ia tidak seragam.
Bila ditanya pada guru, katanya guru lama tulis macam ni. macam tu. Kita tanya lagi, kenapa tak ikut macam belajar di maktab? Kata guru baru, cikgu lama cakap tak perlu tulis panjang-panjang. Pekeliling tak cakap pun tulis panjang-panjang.
Semua jawapan adalah benar. Apa yang cuba dinyatakan di sini ialah PENYELARASAN itu adalah untuk memudahkan penilaian dari semua pihak dari peringkat atas sehinggalah kepada guru.
Perlu ingat di sini, generasi guru yang berdarah Y sekarang memerlukan satu pegangan yang boleh mereka ikut. Mereak ini yang akan berkhidmat lebih 30 tahun dalam pendidikan ini. Jika kita tidak buat sesuatu, maka benda ini takkan selesai dengan pelbagai mazhab kaedah penulisan. Ia terus diwarisi dan terus diwarisi. Mmmmmm......
Mungkin boleh menjadi daerah pertama yang membuat standard atau piawai penulisan rekod pengajaran harian. #contoh
Bengkel ini disekia oleh En. Mohd Fakarudin bin Hussain, PPPD Menengah.
Fokusnya
Ketegasan
Subscribe to:
Posts (Atom)